Friday, 12 December 2014

Pencapaian Usahawan Bumiputera dan Kek Ekonomi - The Velocity of Money and the Multiplier Effect


     
       Kerapkali kita dengar perkara diatas dibahaskan. Dalam Perhimpunan Agung UMNO dan menjelang Pilihanraya Umum pekara ini menjadi topik penting. Banyak inisiatif yang telah dibuat kerajaan dan banyak juga institusi yang ditubuhkan demi mencapai objektif melahirkan usahawan Bumiputera yang bardaya-maju, berdikari dan mampu membimbing usahawan lain.

Bagaimanapun, selepas 50 tahun pelbagai inisiatif dijalankan, pencapaian objektif itu masih agak kurang memuaskan. Pelbagai rintangan telah wujud dan inisiatif baru juga tidak boleh lari dari rintangan baru. Rintangan ini berpunca samada oleh FAKTOR DALAMAN atau LUARAN yang gagal dikenalpasti ketika sesuatu program itu dirancangkan.

Faktor luaran biasanya sukar untuk diubah walaupun ianya amat penting diambil kira. Manakala faktor dalaman pula lebih mudah diubah untuk disesuaikan dengan persekitaran. Contohnya, pembangunan produk mesti dibuat oleh mereka yang berpengalaman luas. Pengalaman ini hanya dimiliki oleh orang yang biasa dengan pasaran dan tahu tentang rentak perubahannya. Tanpa pengalaman ini, kita akan dapati segala inisiatif kerajaan akan tersasar dari matlamat asalnya.

Ada juga keadaan dimana segala faktor telah diambil kira sejak awal tetapi usahawan itu sendiri yang terlalu lemah, tidak berdayasaing atau mudah lupa matlamat. Ada juga kes dimana bimbingan berterusan tidak dibuat atau usahawan lewat bertindak terhadap keadaan.

Didalam keadaan kek ekonomi negara semakin membesar, sepatutnya usahawan Bumiputera juga memiliki potongan kek yang lebih besar secara relatif. Bagaimanapun, apa yang berlaku ialah pemilikan kek ekonomi oleh Bumiputera secara proportionate mungkin semakin mengecil. Inisiatif baru pasti akan menambah beban perbelanjaan kerajaan dan hasilnya pula belum tentu dapat dicapai.

Oleh itu, sebarang peruntukan yang akan diberi kepada Bumiputera harus berupaya menghasilkan kesan positif kepada ekonomi negara. Contohnya dari setiap Ringgit yang diperuntukkan ia harus mampu menghasilkan aktiviti ekonomi kepada negara sebanyak 4 Ringgit.  Sebaliknya, apa yang mungkin telah berlaku adalah setiap 1 Ringgit peruntukan yang diberi ianya hanya hasilkan aktiviti ekonomi sebanyak 25 sen sahaja.

Kelemahan VELOCITY dan MULTIPLIER EFFECT telah berlaku kerana FAKTOR DALAMAN atau FAKTOR LUARAN yang gagal ditangani dengan berkesan sejak awal.




Thursday, 11 December 2014

2015 BUSINESS CHALLENGES AMIDST OIL PRICE SLUMP AND RINGGIT FLUCTUATIONS

Good Afternoon,

As of yesterday, Crude Oil Brent priced at USD63.37 a barrel compared to around USD110 in June this year. While USD currently priced at 3.48850 Ringgit or 1MYR is equivalent to 0.29USD.

This landscape is extremely challenging to anyone including business owners, entrepreneurs, business managers, administrators, economists, policy-makers, legislators as well as consumers. 

There will be changes in so many things by nature. Policy-makers for example, need to put extra hours to react and adopt. However, they need to realise what are the changes and what are their immediate impacts on something before finding the solutions. There will be non-immediate impacts to be taken into account also.

Challenges, threats and opportunities are abundant.

To my dear friends out there, if you need assistance on how to steer your business in this rough sea please contact us at lizadarus2013@gmail.com. We serve any entity, be it individual, company, corporation as well as government agency.

Gently be reminded, that the sea roughness is as rough as the North Sea. But, the sea also contains the most expensive prawns and lobsters. 

Bon Voyage!!!

Monday, 1 December 2014

Usahawan: Mendepani Cabaran Baru Perniagaan

Tidak dinafikan persekitaran perniagaan sentiasa bergerak dan berubah.  Perubahan ini dipengaruhi oleh pelbagai faktor samada dalaman serta luaran.

Usahawan yang cekap akan sentiasa memperbaiki prestasi mereka untuk menghadapi cabaran-cabaran baru. Kelewatan memperbaikinya ataupun memperbaikinya dengan cara yang kurang sesuai boleh menyebabkan perusahaan mereka terancam.

Untuk mengelakkan perkara ini berlaku, usahawan harus menggunakan khidmat PERUNDING PENGURUSAN yang BERTAULIAH, BERPENDIDIKAN DAN BERPENGALAMAN. Kesemua komponen tersebut amat penting kerana cabaran baru dunia perniagaan amat berbeza dengan cabaran yang telah lepas.

Pengabaian terhadap kualiti perkhidmatan ini juga akan menyebabkan seseorang usahawan bukan sahaja gagal menghadapi cabaran baru, malahan juga akan gagal mengeksploitasi keadaan persekitaran supaya menguntungkan mereka. Jika dibiarkan berterusan nescaya tidak mustahil perusahaan yang mereka usahakan dengan susah-payah selama bertahun-tahun terpaksa GULUNG TIKAR.  Oleh itu, sudah sampai masanya untuk usahawan termasuk IKS untuk mengambil inisiatif dengan mendapatkan khidmat perunding pengurusan yang kompeten.

Elakkan dari mendapatkan nasihat perunding yang kurang kompeten WALAUPUN MEREKA MUNGKIN POPULAR. Mereka mungkin hanya akan menambahkan hutang dan menambahkan parah kepada perusahaan anda. Disamping tidak bertauliah, kadar yuran yang mereka kenakan juga agak melampau dan kualiti perundingan pula mungkin MISLEADING!!!

Jika perusahaan yang sudah kukuh pun masih perlukan khidmat perunding yang berkualiti dari masa ke semasa, maka apatah lagi bagi usahawan baru yang kurang pengalaman, yang sedang mempertaruhkan masa depan keluarga mereka kepada perusahaan yang mereka jalankan.

Selamat Berusaha...



Friday, 8 November 2013

Akaun, Setiausaha Syarikat, Kertas Kerja Dan Perundingan


       Kami sediakan khidmat PENYEDIAAN AKAUN DAN KERTAS KERJA UTK PINJAMAN BANK. Khidmat Perundingan, Pengurusan dan Kewangan yang PROFESIONAL dan BERDAFTAR. Bersedia memajukan perniagaan anda dari A - Z. Kami mampu selesaikan segala ISU dalam PERNIAGAAN ANDA

Selain memiliki kelulusan Bachelor in Accounting, KONSULTAN kami juga mempunyai kelulusan Masters in Business Administration (General Management) dan berpengalaman luas dalam Perbankan, Kewangan serta Pengurusan. 

Hubungi kami SEGERA jika ada sebarang ISU dalam memajukan PERNIAGAAN ANDA. Kami terima tugasan dari SELURUH MALAYSIA.



Hubungi kami di email:

lizadarus2013@gmail.com