Friday 12 December 2014

Pencapaian Usahawan Bumiputera dan Kek Ekonomi - The Velocity of Money and the Multiplier Effect


     
       Kerapkali kita dengar perkara diatas dibahaskan. Dalam Perhimpunan Agung UMNO dan menjelang Pilihanraya Umum pekara ini menjadi topik penting. Banyak inisiatif yang telah dibuat kerajaan dan banyak juga institusi yang ditubuhkan demi mencapai objektif melahirkan usahawan Bumiputera yang bardaya-maju, berdikari dan mampu membimbing usahawan lain.

Bagaimanapun, selepas 50 tahun pelbagai inisiatif dijalankan, pencapaian objektif itu masih agak kurang memuaskan. Pelbagai rintangan telah wujud dan inisiatif baru juga tidak boleh lari dari rintangan baru. Rintangan ini berpunca samada oleh FAKTOR DALAMAN atau LUARAN yang gagal dikenalpasti ketika sesuatu program itu dirancangkan.

Faktor luaran biasanya sukar untuk diubah walaupun ianya amat penting diambil kira. Manakala faktor dalaman pula lebih mudah diubah untuk disesuaikan dengan persekitaran. Contohnya, pembangunan produk mesti dibuat oleh mereka yang berpengalaman luas. Pengalaman ini hanya dimiliki oleh orang yang biasa dengan pasaran dan tahu tentang rentak perubahannya. Tanpa pengalaman ini, kita akan dapati segala inisiatif kerajaan akan tersasar dari matlamat asalnya.

Ada juga keadaan dimana segala faktor telah diambil kira sejak awal tetapi usahawan itu sendiri yang terlalu lemah, tidak berdayasaing atau mudah lupa matlamat. Ada juga kes dimana bimbingan berterusan tidak dibuat atau usahawan lewat bertindak terhadap keadaan.

Didalam keadaan kek ekonomi negara semakin membesar, sepatutnya usahawan Bumiputera juga memiliki potongan kek yang lebih besar secara relatif. Bagaimanapun, apa yang berlaku ialah pemilikan kek ekonomi oleh Bumiputera secara proportionate mungkin semakin mengecil. Inisiatif baru pasti akan menambah beban perbelanjaan kerajaan dan hasilnya pula belum tentu dapat dicapai.

Oleh itu, sebarang peruntukan yang akan diberi kepada Bumiputera harus berupaya menghasilkan kesan positif kepada ekonomi negara. Contohnya dari setiap Ringgit yang diperuntukkan ia harus mampu menghasilkan aktiviti ekonomi kepada negara sebanyak 4 Ringgit.  Sebaliknya, apa yang mungkin telah berlaku adalah setiap 1 Ringgit peruntukan yang diberi ianya hanya hasilkan aktiviti ekonomi sebanyak 25 sen sahaja.

Kelemahan VELOCITY dan MULTIPLIER EFFECT telah berlaku kerana FAKTOR DALAMAN atau FAKTOR LUARAN yang gagal ditangani dengan berkesan sejak awal.




No comments:

Post a Comment