Monday 1 December 2014

Usahawan: Mendepani Cabaran Baru Perniagaan

Tidak dinafikan persekitaran perniagaan sentiasa bergerak dan berubah.  Perubahan ini dipengaruhi oleh pelbagai faktor samada dalaman serta luaran.

Usahawan yang cekap akan sentiasa memperbaiki prestasi mereka untuk menghadapi cabaran-cabaran baru. Kelewatan memperbaikinya ataupun memperbaikinya dengan cara yang kurang sesuai boleh menyebabkan perusahaan mereka terancam.

Untuk mengelakkan perkara ini berlaku, usahawan harus menggunakan khidmat PERUNDING PENGURUSAN yang BERTAULIAH, BERPENDIDIKAN DAN BERPENGALAMAN. Kesemua komponen tersebut amat penting kerana cabaran baru dunia perniagaan amat berbeza dengan cabaran yang telah lepas.

Pengabaian terhadap kualiti perkhidmatan ini juga akan menyebabkan seseorang usahawan bukan sahaja gagal menghadapi cabaran baru, malahan juga akan gagal mengeksploitasi keadaan persekitaran supaya menguntungkan mereka. Jika dibiarkan berterusan nescaya tidak mustahil perusahaan yang mereka usahakan dengan susah-payah selama bertahun-tahun terpaksa GULUNG TIKAR.  Oleh itu, sudah sampai masanya untuk usahawan termasuk IKS untuk mengambil inisiatif dengan mendapatkan khidmat perunding pengurusan yang kompeten.

Elakkan dari mendapatkan nasihat perunding yang kurang kompeten WALAUPUN MEREKA MUNGKIN POPULAR. Mereka mungkin hanya akan menambahkan hutang dan menambahkan parah kepada perusahaan anda. Disamping tidak bertauliah, kadar yuran yang mereka kenakan juga agak melampau dan kualiti perundingan pula mungkin MISLEADING!!!

Jika perusahaan yang sudah kukuh pun masih perlukan khidmat perunding yang berkualiti dari masa ke semasa, maka apatah lagi bagi usahawan baru yang kurang pengalaman, yang sedang mempertaruhkan masa depan keluarga mereka kepada perusahaan yang mereka jalankan.

Selamat Berusaha...



No comments:

Post a Comment